Terminal 1@ Kampar pusat perdagangan moden

Ahmad Faizal (tiga, kanan) di hadapan terminal berkenaan.
Ahmad Faizal (tiga, kanan) di hadapan terminal berkenaan.
A
A
A

IPOH - Selain mejadi mercu tanda baharu, Terminal 1 @ Kampar diharap mampu menjadi sebagai antara pusat perdagangan moden di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pusat berkenaan juga diharap dapat menjadi sebuah perdagangan yang hebat pada masa hadapan.

Malah katanya, kewujudan pusat perdagangan berkenaan dilihat akan membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Kampar.

“Selain berfungsi sebagai pusat perdagangan yang akan memodenkan bandar Kampar, terminal ini juga bakal menyediakan perkhidmatan bas henti-henti.

“Alhamdulillah, kita dapat lancarkan Pusat Perdagangan @ Kampar bagi fasa satu. Saya percaya selepas ini fasa dua dan tiga akan menyusul selepas ini.

“Kita difahamkan kewujudan pusat ini juga telah berjaya menyelesaikan masalah penempatan setinggan di Kampar apabila semua penduduk telah dipindahkan ke kawasan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) selain menerima pampasan yang baik,” katanya sempena pelancaran Terminal 1 @ Kampar, hari ini.

Terdahulu Ahmad Faizal bersama Adun Keranji, Chong Ze Min berjalan di sekitar kawasan perumahan berhampiran termasuk di terminal berkenaan bagi menyerahkan limau mandarin serta angpau kepada orang ramai.

Menurut Ahmad Faizal, perkara berkenaan nyata mengujakannya kerana berpeluang menemui orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

“Kita kejutkan penduduk kampung dengan cara ini dan kita juga bagi angpau kepada semua orang, bukan hanya kepada kaum Tionghua sahaja.

“Saya dan Ze Min juga pergi ke rumah orang dengan taringan singa dan diharapkan tradisi ini dapat diteruskan lagi selepas ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!