Sifat beriman pada hari akhirat

Malaysia #QuranHour bertemakan Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 akan berlangsung pada 30 Ogos ini.
Malaysia #QuranHour bertemakan Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 akan berlangsung pada 30 Ogos ini.
A
A
A

UMAT Islam yang mempunyai personaliti ibadurrahman atau hamba ALLAH Ar-Rahman yang beriman pada hari akhirat akan mensyukuri nikmat kemerdekaan dengan membangunkan negara menjadi lebih baik.

Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Khairul Anuar Mohamad berkata, surah Al-Furqan ayat 65 mengenai satu daripada 12 personaliti ibadurrahman iaitu takut neraka dan berdoa agar dijauhi daripada azabnya dan mereka berkeyakinan bahawa setiap amalan akan dihisab dan diadili di akhirat kelak.

“Daripada ayat al-Quran tersebut, ALLAH SWT mengajar kita untuk berdoa kepada-Nya agar dijauhi daripada azab neraka. Doa ini penting bagi umat Islam selain melakukan ibadah dan mentaati ALLAH dan Rasul-Nya.

Khairul Anuar
Khairul Anuar

“Dalam al-Quran, ALLAH menyebut bahawa orang yang menjadi penghuni neraka pertama adalah golongan yang tidak percayakan ayat ALLAH. Mereka kufur dan mendustai ayat ALLAH dan menjadi penghuni neraka yang kekal di dalamnya. Nauzubillah,” katanya ketika ditemui di USIM di sini baru-baru ini.

Beliau merupakan pentadabbur surah ke-25 ayat 63 hingga 77 menjadi surah pilihan bagi Malaysia #QuranHour yang bertemakan Malaysia Harmoni: Bina 12 Personaliti Ibadurrahman sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 pada 30 Ogos ini.

Khairul Anuar menjelaskan, ciri ibadurrahman ini lengkap dari sudut hablumminallah (hubungan manusia dengan ALLAH) dan hablumminannas (hubungan manusia dengan makhluk lain).

“Mereka tidak melakukan perkara yang merosakkan masyarakat seperti zina, pembunuhan dan pendustaan kesaksian.

Artikel Berkaitan:

“Ibadurrahman mampu memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Mereka yang dapat mengamalkan kesemua ciri ibadurrahman juga sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT agar dikurniakan pasangan dan anak yang soleh serta diberi kebaikan di akhirat.

“Saya yakin masyarakat boleh hidup secara aman dan harmoni kerana mereka tahu apa perlu dilakukan dan menjauhi apa yang dilarang oleh ALLAH SWT dan Rasulullah SAW. Cabaran kita pada hari ini datang dari sudut pemikiran dan gejala yang tidak sihat. Kita perlu kembali kepada al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup.

“ALLAH SWT mencipta dunia dan kita untuk Dia menyayangi kita. ALLAH meletakkan peraturan bukanlah untuk menyusahkan atau membebankan kita tetapi untuk kita beribadah kepada-Nya,” katanya.

No Image Caption

Khairul Anuar berkata, ibadah adalah satu kemanisan dan bukannya bebanan. Sebagaimana dikatakan oleh ulama terdahulu, mereka berasakan satu kemanisan dengan melakukan qiyamullail, berdoa dan beribadah kepada ALLAH.

“ALLAH menyayangi, merahmati, mengurniakan keampunan serta mendapat balasan syurga, apabila kita dapat memenuhi personaliti ibadurrahman. Mari kita hidup dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal,” kata beliau lagi.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Pesan Ilmuwan-12 Personaliti Ibadurrahman, layari http://bit.ly/ibadurrahmanYouTube dan https://www.facebook.com/WorldQuranHour/.Pelaksanaan Malaysia #QuranHour menjelang Hari Kemerdekaan adalah sebuah ajakan untuk mengukuhkan negara dengan nilai-nilai mulia daripada al-Quran yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Malaysia #QuranHour di lokasi masing-masing dengan mengikuti siaran langsung di TV AlHijrah dan Astro Oasis pada jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari, 30 Ogos ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!