Keliling kampung putar lagu patriotik

Sariman di hadapan van miliknya yang dihiasi Jalur Gemilang.
Sariman di hadapan van miliknya yang dihiasi Jalur Gemilang.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki sanggup menjelajah ke seluruh kampung menggunakan van miliknya yang dilengkapi dengan pembesar suara sambil memainkan lagu-lagu patriotik bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-63 pada 31 Ogos ini.

Bukan itu sahaja, Sariman Yaacob, 54, turut mengeluarkan belanja sendiri untuk memasang Jalur Gemilang pada van miliknya bagi membangkitkan lagi ‘aura’ patriotik dalam jiwanya.

“Walaupun nampak ‘gila’, tetapi saya bangga dapat menzahirkan perasaan ini (cinta) kepada negara.

Selain memainkan lagu-lagu patriotik, Sariman turut menyelitkan mesej-mesej berkaitan kemerdekaan dan perpaduan kepada masyarakat.
Selain memainkan lagu-lagu patriotik, Sariman turut menyelitkan mesej-mesej berkaitan kemerdekaan dan perpaduan kepada masyarakat.

“Inilah sumbangan kecil saya pada negara yang cukup besar ertinya,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sariman berkata, meskipun negara sedang berdepan ancaman pandemik koronavirus (Covid-19), sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia perlu diraikan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, SOP yang paling mudah untuk diikuti ialah dengan memasang Jalur Gemilang di hadapan rumah atau pada kenderaan sebagai simbolik meraikan sambutan itu.

Artikel Berkaitan:

Sariman turut mengeluarkan belanja sendiri untuk memasang Jalur Gemilang pada van miliknya bagi membangkitkan lagi 'aura' patriotik dalam jiwanya.
Sariman turut mengeluarkan belanja sendiri untuk memasang Jalur Gemilang pada van miliknya bagi membangkitkan lagi 'aura' patriotik dalam jiwanya.

“Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia merupakan detik bersejarah kerana ia menjadi lambang sebuah negara yang merdeka.

“Satu kerugian besar jika kita tidak meraikannya bersama generasi muda agar mereka tidak lupa perjuangan nenek moyang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan negara,” katanya.

Katanya, selain memainkan lagu-lagu patriotik, dia juga menyelitkan mesej-mesej berkaitan kemerdekaan dan perpaduan kepada masyarakat.

“Saya sampaikan mesej ini secara santai supaya ia mudah diterima dan difahami.

“Saya berharap usaha ini mampu membangkitkan semangat orang ramai untuk turut serta menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan negara dan Hari Malaysia pada 16 September depan,” katanya.

Sariman menggunakan van miliknya yang dilengkapi dengan pembesar suara sambil memainkan lagu-lagu patriotik di Pasir Mas semalam.
Sariman menggunakan van miliknya yang dilengkapi dengan pembesar suara sambil memainkan lagu-lagu patriotik di Pasir Mas semalam.

Sariman yang merupakan juruhebah majlis kahwin, kenduri dan keraian berkata, dia akan ‘membakar’ semangat kemerdekaan itu dengan lebih hebat lagi menjelang sambutan Hari Kebangsaan hujung bulan ini.

Katanya, dia mengajak orang ramai untuk terus memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing.

“Kalau kita tidak bangkitkan semangat ini, siapa lagi yang akan berbuat demikian.

“Ini tanah tumpah darah kita, jadi marilah sama-sama kita meraikan semangat ini dengan jayanya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!