Jacob Blake miliki pisau, kata penyiasat

Jacob Blake
Jacob Blake
A
A
A

WASHINGTON - Jacob Blake, 29, memberitahu penyiasat beliau memiliki pisau semasa kejadian ditembak oleh seorang anggota polis di Kenosha, Wisconsin Amerika Syarikat (AS), kata Jabatan Kehakiman negeri pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan terbaru oleh Jabatan Kehakiman Wisconsin mengatakan Blake 'mengakui dia memiliki pisau'.

Penyiasat di jabatan itu 'menjumpai sebilah pisau di bahagian pemandu kenderaan Blake'.

Rakaman oleh orang yang berada di tempat kejadian mengenai kejadian tembakan itu kemudian tular di media sosial, menimbulkan tunjuk perasaan di Kenosha, Wisconsin kerana membantah ketidakadilan kaum.

Blake ditembak ketika cuba masuk ke dalam kenderaannya, menyebabkan beliau terpaksa dirawat di hospital.

Keluarga dan peguamnya mengatakan akibat kejadian itu beliau kini lumpuh dan mungkin tidak dapat berjalan semula.

Jabatan Kehakiman Wisconsin mengenal pasti anggota polis itu sebagai Rusten Sheskey yang melepaskan tujuh das tembakan.

Jabatan itu dijangka menyerahkan laporan mengenai insiden berkenaan dalam masa 30 hari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Protes antirasisme bantah kekejaman polis kembali landa AS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!