Vardy optimis The Foxes mampu lebih menyerlah

Jamie Vardy
Jamie Vardy
A
A
A

PEMENANG Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL), Jamie Vardy melahirkan keyakinan bahawa Leicester City mampu menjadi antara pencabar utama kejuaraan domestik dan Eropah yang sempurna pada masa depan.

Menurut penyerang England itu, keyakinan berkenaan hadir selepas menilai kemampuan The Foxes bangkit mengharungi saingan musim lalu walaupun pandemik Covid-19 menjejaskan prestasi semasa kelab kendalian Brendan Rodgers tersebut.

“Leicester City adalah kelab bola sepak yang hebat kerana memiliki pemain-pemain memiliki karakter positif yang saya percaya mampu memberikan impak yang lebih baik pada masa depan.

“Secara jujur saya tidak sabar untuk melihat apa yang dapat kita capai bersama dalam beberapa tahun lagi pada saingan domestik dan Eropah.

“Perjalanan yang saya lalui dengan kelab ini sukar dijelaskan, dan walaupun sudah banyak kejayaan yang kami raih bersama. Saya tahu bahawa saya mempunyai banyak lagi kejayaan untuk dicipta bersama The Foxes, jadi ini adalah perasaan istimewa dapat saya berikan bersama Leicester City sekali lagi

“Saya teruja dapat bermain bola sepak di hadapan penyokong The Foxes di Stadium King Power dan saya gembira dapat meneruskan perjalanan ini pada masa yang sangat menggembirakan untuk kelab ini,” kata Vardy kepada laman web rasmi kelab.

Pemain berusia 33 tahun itu yang menjadi pemain ke-29 melepasi gol ke-100 saingan liga musim lalu sebelum ini telah menyambung kontrak bersama The Foxes untuk tiga tahun lagi yakni sehingga 2023.

Bagi saingan musim lalu, Vardy mencetak 23 gol pada saingan liga sekali gus menobatkannya dengan status penjaring terbanyak.

Artikel Berkaitan:

Vardy menjadi antara ikon kebangkitan Leicester City saingan liga pada 2016 ketika kelab itu memenangi kejuaraan utama Inggeris tersebut di bawah bimbingan Claudio Ranieri.

Penyerang itu menyertai Leicester City

dari kelab bukan liga, Fleetwood Town pada 2012 mencipta momentum positif apabila mengemudi The Foxes ke suku akhir Liga Juara-Juara pada 2017.

Vardy juga pemegang rekod saingan liga untuk penjaring gol dalam 11 perlawanan berturut-turut pada 2015.

Beliau kini berada pada kedudukan 103 penyerang liga utama apabila meledak 129 gol dalam 309 penampilan bersama Leicester City, akan kembali semula ke saingan Liga Europa musim depan selepas mengakhiri saingan liga di kedudukan kelima.

Penampilan Vardy bersama The Three Lions pula menyaksikan pemain ini melakukan penampilan 26 kali dengan tujuh gol.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!