Singa putih 'makan' tuan

Mathewson diserang oleh singa betina putih hingga maut. - Foto Daily Mail
Mathewson diserang oleh singa betina putih hingga maut. - Foto Daily Mail
A
A
A

HOEDSPRUIT - Seorang ahli konservasi hutan di Afrika Selatan maut selepas diserang dua ekor singa putih yang dibesarkannya di taman Safari di sini.

West Mathewson, 68, diserang oleh dua haiwan karnivor ketika dia membuka kandang untuk membawa haiwan itu berjalan pada waktu pagi, lapor Daily Mail.

Mathewson dikatakan bersama dua ekor singa putih yang dikenali dengan nama Demi dan Tanner sebelum salah seekor haiwan itu tiba-tiba menyerangnya.

Isterinya, Gil, 65, cuba menyelamatkan suaminya dengan menghalau Demi dan Tanner.

Mathewson yang mengalami kecederaan parah di anggota badan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Mathewson bertugas di safari terkenal dikenali sebagai Lion Tree Top Lodge terletak berhampiran bandar Hoedspruit.

Sebelum ini, sumber media tempatan mendedahkan kejadian sedemikian bukan kali pertama berlaku sebaliknya pernah terjadi pada 2017 membabitkan dua singa betina yang sama.

Singa itu telah membunuh pekerja kerana memusnahkan kandang haiwan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Namun Mathewson amat menyayangi mereka dan terus mengajar haiwan itu sambil percaya tidak akan menyerang manusia lagi.

Jurucakap Lion Tree Top Lodge mengatakan bahawa mereka tidak akan membunuh kedua-dua haiwan tersebut kerana percaya Mathewson menyayanginya.

"Mathewson sangat menyukai singa ini dan menghabiskan banyak masa dengan mereka. Ini hanyalah kemalangan," katanya.

Demi dan Tanner dilaporkan ditenangkan sebelum dibawa ke pusat pembiakan haiwan terancam tempatan memandangkan spesis itu jarang ditemui.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!