Semburan penghalau serangga boleh bunuh Covid-19
LONDON - Bahan kimia yang digunakan dalam penghalau serangga didakwa dapat membunuh koronavirus (Covid-19), menurut kajian awal makmal pertahanan di United Kingdom (UK) yang diterbitkan semalam.
Saintis di Makmal Pertahanan Sains dan Teknologi (DSTL) mendapati citriodiol, bahan aktif dalam penghalau serangga seperti Mosi-guard mempunyai sifat antivirus.
Laporan kajian setebal lapan muka surat itu berdasarkan ujian semburan yang dilakukan pada tentera pada April lalu yang menunjukkan semburan penghalau nyamuk mengandungi citriodiol memberi perlindungan terhadap Covid-19.
"Terdapat bukti Mosi-guard mempengaruhi kelangsungan virus tersebut dalam tempoh lebih empat jam," jelas laporan itu.
Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada semburan penghalau serangga tersebut adalah lebih berkesan berbanding mencuci tangan dan pemakaian pelitup muka.
Ia berharap untuk melakukan kajian susulan terhadap penyelidikan tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!