Tidak rasmi: Undi Ramli sudah atasi Sivarraajh
![Petugas SPR mengumpulkan beg-beg undi yang telah dikira di atas pentas Dewan SMK Sultan Ahmad Shah. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/01/26/166325.jpg)
CAMERON HIGHLANDS - Calon BN, Ramli Mohd Nor memperolehi 10,579 undi setakat jam 6.40 petang mengikut keputusan tidak rasmi.
Jumlah itu berjaya mengatasi undi diperolehi calon BN dalam PRU14, Datuk C Sivarajjh iaitu 10,307 undi.
Keputusan tidak rasmi ini juga membolehkan Ramli mendahului tiga calon lain iaitu M Manogaran (PH) dengan 5,027 undi, Sallehudin Ab Talib (Bebas) 252 undi dan Wong Seng Yee (Bebas) 141 undi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!