Pogba positif Covid-19

POGBA
POGBA
A
A
A

Bintang Manchester United, Paul Pogba terpaksa disisihkan daripada skuad kebangsaan Perancis selepas didapati positif Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh pengendali Perancis, Didier Deschamps menjelang kempen Liga Negara-Negara menentang Sweden dan Croatia bulan depan.

"Saya terpaksa melakukan perubahan pemain dalam pasukan pada saat-saat akhir. Pada mulanya, Paul telah disenaraikan dalam pasukan tetapi agak malang apabila dia diuji positif (Covid-19). Jadi saya harus menggantikannya dengan Eduardo Camavinga," kata Deschamps.

Pogba kini perlu menjalani kuarantin diri selama 14 hari, sekali gus menyebabkan dia turut terlepas aksi pramusim United.

Bagaimanapun, Pogba yang dijangkiti Covid-19 tanpa gejala dijangka beraksi ketika United menentang Crystal Palace pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) 19 September depan.

"Paul telah digantikan dalam pasukan (Perancis) selepas diuji positif Covid-19. Semua pihak di Manchester United mendoakan Paul segera pulih sebelum bermulanya saingan musim baharu," kata kenyataan rasmi United.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!