Pasal makan, orang lupa penjarakan sosial

No Image Caption
A
A
A

Sabtu lalu, Merak Jalanan berpeluang bercuti di Melaka bersama keluarga. Tujuan Merak Jalanan ke Melaka pada asalnya adalah kerana mahu mencuba padang paintball baharu berdekatan dengan Stadium Hang Tuah.

Alang-alang sudah di Melaka, Merak Jalanan pun membuat keputusan mahu tidur satu malam di negeri yang penuh bersejarah itu.

Selepas penat bermain sukan paintball, Merak Jalanan bercadang mahu ke restoran terkenal di Umbai. Apa lagi, selepas Maghrib, Merak Jalanan terus bergerak ke lokasi. Perut sudah berlagu, bayangan ikan bakar sudah muncul dalam kepala.

Apabila tiba di lokasi, kenderaan sudah terlalu banyak, jadi Merak Jalanan rasa tidak sedap hati. Apa pun Merak Jalanan teruskan juga memandu melalui kesesakan dan mahu melalui terlebih dahulu restoran yang hendak dituju.

Kira-kira 30 minit menempuh kesesakan dari jalan utama, kenderaan Merak Jalanan pun melalui restoran tersebut. Merak Jalanan mengucap panjang, Merak Jalanan melihat barisan manusia yang mahu masuk ke restoran sungguh panjang. Mahu ada 100 orang sedang berbaris dan berjalan kaki ke restoran itu.

Merak Jalanan tanpa berfikir panjang terus beredar dari tempat itu. Merak Jalanan tidak mahu mengambil risiko berbaris dengan ancaman Covid-19 yang masih ada dalam masyarakat kita.

Ternyata kerana makanan, orang kita boleh lupa semua perkara.

Tapi Merak Jalanan tidak berputus asa mahu makan ikan bakar. Akhirnya restoran yang tidak terkenal menjadi pilihan kerana pelanggannya tidak ramai.

Artikel Berkaitan:

Selepas mendapat makanan yang dipesan, ternyata makanan itu tidak mengecewakan dan ada menunya yang lebih sedap.

Apa pun Merak Jalanan dan isteri berpuas hati kerana percutian pendek di Melaka menyeronokkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!