16 PATI ditahan masuk ikut laluan tikus

Kelihatan lori tahanan polis digunakan untuk menahan 16 Pati di Pantai Bagan Nakhoda Omar, semalam.
Kelihatan lori tahanan polis digunakan untuk menahan 16 Pati di Pantai Bagan Nakhoda Omar, semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seramai 16 Pendatang Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang baharu mendarat menggunakan 'laluan tikus' di Bagan Nakhoda Omar, di sini ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), kira-kira 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita.

"Mereka yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Agus Salim berkata, semua mereka yang ditahan hasil maklumat awam itu dipercayai menggunakan bot dari Indonesia.

"Kes disiasat mengikut 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen dan 6(1)(c) akta sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!