Bongkar kegiatan seleweng tong gas bersubsidi

Zubir memeriksa tong gas LPG yang disita dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Cheras Baru, Kuala Lumpur, semalam.
Zubir memeriksa tong gas LPG yang disita dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Cheras Baru, Kuala Lumpur, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah premis di Jalan Cheras Baru, di sini, dibongkar Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Zubir Hamsa berkata, operasi kira-kira jam 3.30 petang itu dijalankan hasil risikan selama dua minggu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati premis itu menjalankan aktiviti 'decanting' iaitu memindahkan gas LPG dari tong bersubsidi ke tong LPG Industri yang tidak bersubsidi.

"Dalam serbuan itu, KPDNHEP menyita 370 tong LPG bersaiz 12 kilogram (kg), 14 kg dan 50 kg serta dua lori satu tan dianggarkan bernilai RM120,000.

Zubir memeriksa tong gas LPG yang disita dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Cheras Baru, Kuala Lumpur, semalam.
Zubir memeriksa tong gas LPG yang disita dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Cheras Baru, Kuala Lumpur, semalam.

"Selain itu, dua lelaki yang berada di premis terbabit turut ditahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek lelaki tempatan berusia 47 tahun dipercayai adalah pemilik perniagaan berkenaan manakala seorang lelaki warga Myanmar berusia 30 tahun disyaki merupakan pekerja premis terbabit.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Bekalan 1974 kerana berniaga barang kawalan tanpa lesen dan Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan menyimpan barang kawalan bukan di premis dilesenkan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut ke atas pemilik perniagaan itu dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!