Liverpool mulakan pemburuan trofi

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool sudah bersedia sepenuhnnya untuk memulakan pemburuan trofi apabila bakal bertemu Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley esok.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, pertemuan menentang The Gunners itu akan menguji kemampuan para pemainnya untuk meraih trofi pertama musim ini selain menilai persediaan pemainnya mengharungi musim baharu EPL.

"Perlawanan menentang Arsenal nampak sukar, tetapi kami sudah bersedia dengan sebaik mungkin. Saya memiliki pasukan penuh dan mempunyai beberapa pilihan untuk mengatur pemain.

"Walaupun Virgil van Dijk mengalami sedikit kecederaan selepas perlawanan persahabatan baru-baru ini, tetapi dia boleh beraksi. Tiada masalah buat kebanyakkan pemain dan mereka sudah pasti bersemangat untuk bermain," katanya.

The Reds menamatkan aksi pra musim menghadapi dua perlawanan yang menyaksikan mereka menang 3-0 ke atas VFB Stuttgart sebelum terikat 2-2 dengan RB Salzburg.

Aksi Perisai Komuniti ini akan menjadi perlawanan pembukaan sebelum EPL memulakan aksi pertamanya pada 12 September.

Dalam pada itu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta percaya jika pasukan kendaliannya itu berjaya menang ke atas Liverpool, ia akan memberikan keyakinan dan momentum lebih baik untuk mengharungi aksi liga.

"Saya rasa perlawanan ini memberikan platform yang besar kepada keyakinan dan kepercayaan para pemain untuk bermain dan menang ke atas pasukan gergasi sekali gus berada pada rentak positif untuk mengharungi saingan liga nanti.

Artikel Berkaitan:

"Musim lepas, kami telah berjaya menang dengan banyak pasukan kuat seperti Manchester City dan Chelsea. Cara sama juga kami akan cuba untuk tewaskan Liverpool. Tetapi, apa yang lebih penting saya mahu membentuk keyakinan pemain dalam perlawanan ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!