Mayat ditemui hancur

Polis menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan tiga mayat di lokasi berkenaan pada jam 4 petang tadi.
Polis menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan tiga mayat di lokasi berkenaan pada jam 4 petang tadi.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Dua mayat ditemui dalam keadaan hancur di persisiran sungai berhampiran kawasan perumahan sekitar Desa Coalfield, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan tiga mayat di lokasi berkenaan pada jam 4 petang tadi.

Susulan itu, beliau berkata sepasukan anggota forensik bersama pegawai penyiasat dan anggota Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bergegas ke lokasi berkenaan bagi melakukan siasatan berhubung penemuan mayat tersebut.

"Sejurus tiba, anggota kami dapati hanya dua mayat ditemui dalam keadaan hancur dan tidak sempurna.

"Dan pihak kami percaya mayat lelaki dan wanita itu mungkin telah dicampak sejak dua minggu lalu di lokasi terlibat," katanya.

Dalam pada itu, Shafa'aton berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan mangsa berkenaan telah dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampak ke sungai tersebut.

Menurut beliau, kedua-dua mayat terbabit telah di hantar ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani proses bedah siasat selanjutnya.

"Buat masa ini, identiti dua mayat itu masih tidak dapat dikenal pasti dan polis sedang menjalankan siasatan rapi berhubung perkara itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!