PKPP dilanjut atau tidak diketahui malam ini

Perutusan khas Perdana Menteri berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perutusan khas Perdana Menteri berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bakal berakhir pada 31 Ogos ini sama ada dilanjutkan atau sebaliknya bakal diketahui malam ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan perkara itu menerusi perutusan khas yang akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani jam 8 malam ini.

PKPP dikuatkuasakan kerajaan bermula 10 Jun lalu selepas pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pelaksanaan PKPP menyaksikan hampir keseluruhan sektor dibuka semula selepas tiga bulan ditutup kerana pandemik itu.

Setakat ini, Malaysia mencatat 9,296 kes positif Covid-19 dengan 177 kes yang masih aktif.

Lapan individu ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!