Sanggup tanggal bumper sebelum masuk, keluar rumah
SAN PABLO - Seorang lelaki dikatakan terlalu menyayangi keretanya kerana sanggup menanggalkan bampar hadapan setiap kali masuk dan keluar halaman rumahnya di San Pablo, Filipina bagi mengelakkan calar dan rosak.
Menerusi perkongsian video dimuat naik di Facebook Miguel Penaloza menunjukkan lelaki itu memandu kereta jenama Hyundai berwarna merah dan bamper hadapan terlalu rendah dan rapat dengan permukaan jalan raya di hadapan pintu pagar rumahnya.
Rakaman video berdurasi 15 saat memaparkan Miguel menanggalkannya sebelum melalui bonggol jalan di hadapan rumahnya dan memandu secara perlahan sebelum memasuki halaman rumah bagi mengelakkan bampar itu calar.
Ketika keluar rumah, Miguel Penaloza keluar dari rumah, dia mengundurkan kereta dan berhenti seketika untuk menanggalkan bahagian kereta itu.
Video dimuat naik pada 21 Ogos lalu meraih lebih 681,761 tontonan sekali gus mengundang pelbagai komen dari netizen yang menyifatkan lelaki tersebut memiliki kesabaran tinggi malah terlalu menyayangi keretanya.
Kata @edmark, "Lelaki ini sangat penyabar, pada masa sama bumper itu menyusahkan dirinya".
Dun sa mga nagsabing masarap mag lowered, hehe sakit sa ulo hanggang kailan kaya ako makakatiis nito Edit: sa mga...
Posted by Miguel Penaloza on Friday, August 21, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
Sanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
Bob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
Staf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
Ditipu 'pegawai kerajaan' RM13,000, pemilik restoran sedekah makanan ditempah
Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Pemfitnah UMNO perlu mohon maaf
Tuduhan berat kaitkan pelantikan Tun Musa Aman dengan rasuah