Kelantan mahu 'rantai' Casagrande

Casagrande mampu meranapkan impian Kelantan meraih kemenangan di Kota Bharu malam esok.
Casagrande mampu meranapkan impian Kelantan meraih kemenangan di Kota Bharu malam esok.
A
A
A

KETUA Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengingatkan barisan pemainnya berwaspada dengan kelebihan penyerang import Pulau Pinang, Anselmo Casagrande menjelang pertemuan saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok.

Yusri berkata, Casagrande akan menjadi ancaman utama kepada skuad The Red Warriors (TRW) jika para pemainnya tidak memberikan tumpuan terhadap penyerang import dari Brazil itu.

"Pemain di posisi pertahanan perlu memberikan tumpuan dan kerja keras bagi memastikan pemain berkenaan (Casagrande) tidak menghasilkan sesuatu keputusan yang mengecewakan kepada TRW.

"Dia (Casagrande) dari fizikalnya mempunyai kelebihan tidak termasuk kemahiran berkualiti dan mampu menjaringkan gol dalam apa juga keadaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selepas mengharungi empat perlawanan dalam saingan Liga Premier, Casagrande menjaringkan enam gol sekali gus membuktikan penyerang itu perlu disekat kubu pertahanan TRW.

Menurutnya, Casagrande tidak hanya mampu menggegar gawang lawan, sebaliknya mempunyai kemampuan mencipta peluang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol.

"Saya mahu semua pemain memberikan aksi lebih bertenaga pada perlawanan malam esok. Kita berdepan dengan pasukan bukan mudah untuk ditewaskan kerana mereka mempunyai pakej lengkap di setiap posisi," katanya.

Katanya, anak-anak buahnya perlu berusaha sebaik mungkin sebelum tamat 90 minit perlawanan bagi memastikan TRW mencapai kemenangan pada perlawanan itu nanti.

Artikel Berkaitan:

"Saya menaruh kepercayaan yang tinggi kepada para pemain dan mereka mampu menggalas tugas itu dengan sebaik mungkin," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!