Anggota polis, 20 individu sertai parti liar direman

Seorang anggota polis dan 20 individu direman bagi membantu siasatan.
Seorang anggota polis dan 20 individu direman bagi membantu siasatan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang anggota polis berpangkat koperal dan 20 individu lain yang dikesan positif dadah ketika menyertai sebuah parti liar di Bandar Mutiara, semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Arif Mohammad Sharif di Mahkamah Majistret Sungai Petani.

Difahamkan, kesemua mereka termasuk anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda itu menyertai parti liar tersebut di sebuah rumah inap.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima aduan awam memaklumkan terdapat bunyi muzik yang kuat dari rumah terbabit, awal pagi semalam.

Serbuan yang dilakukan pada jam 3.45 pagi mendapati seramai 22 lelaki dan 10 wanita berusia antara 17 hingga 31 tahun berada di dalam rumah tersebut.

Menurutnya, kesemua mereka dikesan berada dalam rumah tersebut tanpa alasan munasabah serta gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan sehingga sukar untuk melaksanakan penjarakan fizikal.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati seramai 15 orang lelaki dan enam wanita positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin termasuk anggota polis berusia 24 tahun," katanya.

Katanya, rumah itu disewa pada harga RM190 semalam bagi tujuan penganjuran parti liar tersebut.

Artikel Berkaitan:

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 3 Jadual No 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No7) 2020 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!