Hantar pulang pengganas Christchurch bukan idea bernas

Tarrant dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol oleh Mahkamah Tinggi Christchurch semalam. - Foto Agensi
Tarrant dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol oleh Mahkamah Tinggi Christchurch semalam. - Foto Agensi
A
A
A

WELLINGTON - Peguam cara New Zealand, Philip Morgan berkata, cadangan untuk mengekstradisi pengganas Christchurh ke negara asal perlu difikirkan semasak-masaknya dengan mengambil kira pandangan keluarga mangsa dalam sebarang keputusan berkaitan Brenton Tarrant.

Morgan berkata, Tarrant perlu menjalani hukumannya di New Zealand kerana tertakluk kepada undang-undang negara itu.

"Tiada jaminan daripada Australia sama ada mengekalkan atau memendekkan tempoh hukuman pembunuh itu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison yang terbuka terhadap cadangan Menteri Luar New Zealand, Winston Peters mengenai prospek penghantaran pulang lelaki berkenaan.

Semalam, Menteri Keadilan, Andrew Little berkata, satu rang udang-undang baharu perlu digubal bagi membolehkan Tarrant dihantar pulang.

Tarrant dijatuhi hukuman penjara seumur hidup susulan serangan di dua buah masjid di Christchurch tahun lalu yang meragut 51 nyawa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!