'Kenyataan Ku Li pandangan peribadi'

Mahdzir
Mahdzir
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan UMNO menyertai Muafakat Nasional dan Ahli Parlimennya menyokong kerajaan Perikatan Nasional ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sendiri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, apa juga pandangan yang dikeluarkan selepas keputusan MKT UMNO dibuat adalah pandangan peribadi semata-mata.

"Justeru, saya melihat kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah adalah pandangan peribadi beliau. Namun, kita tetap menghormati pandangan yang telah dilontarkan oleh Tengku Razaleigh," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu tidak layak jadi Pakatan Melayu Islam: Ku Li

Terdahulu, Tengku Razaleigh menyifatkan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuka keanggotaan kepada bukan bumiputera menjadikan parti itu tidak lagi layak berada dalam 'pakatan Melayu-Islam' yang didukung Muafakat Nasional.

Dalam satu kenyataan, Tengku Razaleigh menggesa pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional supaya menarik diri daripada kerajaan ekoran keputusan Bersatu itu.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, sebarang ketetapan diambil oleh UMNO dalam apa jua keputusan, haruslah melalui Biro Politik UMNO dan MKT UMNO terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!