Pengantin didenda tekan tubi gara-gara pelitup muka

Pengantin tekan tubi tak pakai pelitup muka. - Foto Tribun News
Pengantin tekan tubi tak pakai pelitup muka. - Foto Tribun News
A
A
A

JAWA - Seorang pengantin lelaki didenda membuat tekan tubi gara-gara tidak memakai pelitup muka dalam majlis perkahwinannya di daerah Pasuruan, Jawa Timur Indonesia.

Anggota polis, Aipda Harid Kurniawan meminta pengantin yang hanya dikenali sebagai Solihudin itu, melakukan tekan tubi di atas pelaminnya, lapor Tribun News.

"Saya hanya mahu memberi contoh kepada semua tetamu undangan supaya memakai pelitup muka di mana sahaja," katanya.

Aipda Harid berkata, selain pengantin lelaki itu, beliau juga melihat sejumlah tetamu tidak memakai pelitup muka ketika hadir di majlis tersebut sedangkan mereka tahu penggunaan pelitup muka adalah penting susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Setelah memberikan hukuman kepada pengantin lelaki, Aipda Harid mengedarkan alat perlindungan diri itu kepada tetamu di majlis tersebut selain meminta mereka untuk menjaga jarak.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video yang memperlihatkan anggota polis menghukum pengantin lelaki kerana tidak menggunakan pelitup muka.

Video berdurasi 25 saat itu, menunjukkan tetamu bersorak disusuli tepuk tangan ketika pengantin lelaki melakukan tekan tubi sebagai tanda sokongan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!