Ramli syukur, ucap terima kasih kepada pengundi

Calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi kerusi Parlimen Cameron Highland setelah diumumkan pemenang oleh SPR pada keputusan PRK Cameron Highland. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi kerusi Parlimen Cameron Highland setelah diumumkan pemenang oleh SPR pada keputusan PRK Cameron Highland. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baharu, Ramli Mohd Nor tidak putus melafazkan syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantunya.

"Pertamanya saya ingin bersyukur ke hadrat ALLAH Taala kerana dengan izinnya saya menang kerusi Parlimen ini. Saya berterima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah mengundi BN.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jentera-jentera BN, Pas, MIC, MCA yang telah membantu saya.

"Saya tak ada nak banyak cakap cuma saya berjanji akan berusaha untuk berkhidmat kepada masyarakat di Parlimen Cameron Highlands ini," katanya.

Ramli menewaskan tiga calon lain iaitu M Manogaran (PH) 8,800 undi; Sallehudin Ab Talib (Bebas) 314 undi dan Wong Seng Yee (Bebas) 276 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis di Dewan Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, jam 8.30 malam.

Dalam pada itu, sebanyak 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!