Perisai Komuniti: Arsenal atasi Liverpool

Pemain Arsenal meraikan kejayaan menjulang Perisai Komuniti setelah mengatasi Liverpool di Stadium Wembley pagi tadi.
Pemain Arsenal meraikan kejayaan menjulang Perisai Komuniti setelah mengatasi Liverpool di Stadium Wembley pagi tadi.
A
A
A

JUARA Piala FA, Arsenal melaungkan amaran kelab London itu sudah bersedia mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menjulang Perisai Komuniti setelah menewaskan penyandang juara liga, Liverpool 5-4 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua kelab terikat 1-1 pada aksi sepenuh masa di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu terlebih dulu di depan hasil rembatan cantik Pierre-Emerick Aubameyang, menewaskan penjaga gol The Reds, Alisson pada minit ke-12 untuk mendahului babak pertama 1-0.

Babak kedua menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp kembali memperkemaskan permainan menggandakan asakan di bahagian pertahanan The Gunners.

Gol penyamaan dicari Liverpool akhirnya muncul pada minit ke-73 menerusi Takumi Minamino yang kemudiannya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Kegagalan Rhian Brewster menyempurnakan sepakan penalti ketiga Liverpool membolehkan Arteta membawa pulang Perisai Komuniti ke Emirates.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!