MBS musnahkan 275 mesin judi

Zazali memusnahkan mesin permainan judi yang disita pada tahun 2016 dan 2017 semalam.
Zazali memusnahkan mesin permainan judi yang disita pada tahun 2016 dan 2017 semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melupuskan sebanyak 275 mesin permainan perjudian pelbagai jenis bernilai RM200,000 semalam.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Datuk Zazali Salehudin berkata, kesemua barangan itu adalah barangan berkaitan hiburan perjudian yang dirampas pada tahun 2016 dan 2017.

Menurutnya, kesemua mesin hiburan perjudian pelbagai jenis itu dimusnahkan setelah selesai di peringkat pendakwaan dan sudah pun diambil tindakan.

"Barangan terlibat iaitu sebanyak 120 monitor komputer, 36 mesin simulator kecil, 112 unit pemprosesan komputer (CPU), dan tujuh unit simulator besar.

"Kita akan terus melakukan pemantauan di semua premis dari masa ke masa bagi memastikan tiada lagi aktiviti perjudian beroperasi dalam MBS," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, tindakan tegas akan diambil jika terdapat mana-mana pemilik premis cuba melakukan aktiviti haram ini termasuk memotong bekalan elektrik di premis mereka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!