Muhyiddin terima 5,500 borang keahlian Bersatu Zon 5

Bersatu
Bersatu
A
A
A

SANDAKAN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menerima permohonan 5,500 ahli baharu bagi Bersatu Zon 5 di sini meliputi Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi.

Borang keahlian itu diserahkan oleh wakil mereka, Penaung Persatuan Usahawan Sandakan Datuk Mohd Afendi Hamdan kepada Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Sabah Hotel di sini.

Penyerahan borang keahlian itu disaksikan oleh Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bernama difahamkan daripada jumlah itu, sebanyak 1,500 merupakan permohonan dari Sandakan dan selebihnya dari Beluran, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi.

Muhyiddin tiba di Sabah semalam bagi lawatan rasmi dua hari ke negeri itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!