Klopp optimis pengalaman mematangkan Brewster

Klopp percaya pengalaman akan mematangkan Brewster pada masa depan.
Klopp percaya pengalaman akan mematangkan Brewster pada masa depan.
A
A
A

JURGEN Klopp menegaskan beliau mengambil tanggungjawab berikutan kegagalan penyerang muda Liverpool, Rhian Brewster menyempurnakan sepakan penalti sehingga menyaksikan The Reds tewas 5-4 kepada Arsenal pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley.

Sebaliknya menurut pengendali berusia 53 tahun berkenaan, penyerang berusia 20 tahun itu akan belajar daripada pengalaman berkenaan dalam usaha mematangkan corak permainannya pada masa depan.

"Brewster berusia 20 tahun apabila mendapat peluang bermain pada perlawanan kompetitif pertamanya, saya percaya pengalaman ini akan menjadikannya lebih matang.

"Sekiranya dalam isu Brewster ini ada yang mahu disalahkannya, ia adalah saya kerana menurunkannya. Saya mahukan dia beraksi kerana yakin dengan keupayaan dan tindakan penyudahnya sebelum ini.

"Tapi hari ini ia tidak berlaku, namun ini kelaziman dalam bola sepak dan kehidupan. Kita semua harus belajar dan membuktikan bahawa kita dapat bangkit menjadi lebih kuat selepas ini," katanya.

Pemain skuad Bawah 21 tahun England yang dipinjamkan ke Swansea City itu membuat sebanyak 22 penampilan dengan meledak 11 gol bersama The Swans dimasukkan pada masa kecederaan babak kedua menggantikan Gini Wijnaldum ketika perlawanan terikat 1-1.

Pada penentuan sepakan penalti produk muda The Reds gagal menyempurnakan sepakan ketiga Liverpool apabila terkena palang sekali gus menyaksikan kelabnya tewas 5-4 kepada The Gunners.

Pengendali Borussia Dortmund itu berkata, situasi yang dilalui Brewster adalah proses biasa dalam perjalanan karier seorang pemain bola sepak.

Artikel Berkaitan:

"Situasi seperti ini sering berlaku dan pastinya akan berlaku. Sepanjang memantau Brewster perkara ini tidak pernah berlaku tetapi hari ini ia berlaku dan sememangnya pun boleh berlaku.

"Saya sebelum ini juga pernah berdepan situasi sama seperti ini. Kami gagal menjaringkan penalti kemudian kami duduk berkongsi pengalaman lalu bagi melihat masa depan. Tidak perlu mohon maaf sebab inilah bola sepak," katanya.

Dalam pada itu, Klopp memuji impak positif pemain dari Jepun Takumi Minamino yang melakukan jaringan gol penyamaan Liverpool sekaligus memadam pendahuluan awal Pierre-Emerick Aubame.

"Minamino, tanpa kekok berjaya membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya. Ini adalah hari besar bagi dia dan kami apatah lagi golnya menghidupkan kembali perlawanan kerana selama ini perkara yang dia kurang adalah gol.

"Moga gol ini akan membakar semangatnya untuk memberikan aksi terbaik pada saingan baharu musim 2020/21," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!