Muhyiddin usul bantuan JKM dinaikkan ke RM1,000

Muhyiddin menyampaikan ucapan ketika hadir pada majlis perjumpaan bersama pemimpin masyarakat di Dewan Hakka, Sandakan hari ini. - Foto Bernama
SANDAKAN, Aug 30 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin delivers his speech at a meeting with community leaders at Dewan Hakka, Sandakan today.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED
Muhyiddin menyampaikan ucapan ketika hadir pada majlis perjumpaan bersama pemimpin masyarakat di Dewan Hakka, Sandakan hari ini. - Foto Bernama SANDAKAN, Aug 30 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin delivers his speech at a meeting with community leaders at Dewan Hakka, Sandakan today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED
A
A
A

SANDAKAN - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000.

Menurutnya, cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

"Saya tahu cakap (kenyataan) saya ini mempunyai implikasi besar, but I don't care (tapi saya tidak peduli).

"What is important is the livelihood of our people down there (Yang penting ialah mata pencarian rakyat di akar umbi)... they have suffered for a long time (mereka menderita sejak sekian lama)," katanya pada majlis perjumpaan bersama pimpinan masyarakat di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, usaha membantu golongan itu termasuk B40 merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.

Beliau juga meluahkan rasa sedih dengan nasib golongan itu walaupun negara telah lama merdeka.

"Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup.

"Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah bermula semalam. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!