Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Santapan Beradat Hari Kastam Sedunia

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (duduk tiga, kanan) dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (duduk dua, kanan) berangkat tiba bagi menghadiri Majlis Santapan Beradat sempena Sambutan Hari Kastam Sedunia Kali Ke-37 Tahun 2019 di Istana Negara malam ini. Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menghadiri Majlis Santapan Beradat sempena sambutan Hari Kastam Sedunia ke-37, di Istana Negara, di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Keberangkatan tiba baginda berdua di Istana Negara pada kira-kira 8.30 malam, turut disambut hampir 500 pegawai dan anggota Kastam.

Baginda berdua seterusnya berkenan meluangkan masa hampir dua jam di majlis itu, sebelum berangkat meninggalkan majlis kira-kira 10.35 malam.

Hari Kastam Sedunia disambut oleh kesemua 187 anggota Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) seluruh dunia pada 26 Jan setiap tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!