Angka kematian empangan runtuh di Brazil meningkat 34 orang

Bomba menarik keluar seorang wanita dari lumpur dan diterbangkan ke hospital berdekatan.
Bomba menarik keluar seorang wanita dari lumpur dan diterbangkan ke hospital berdekatan.
A
A
A

BRUMADINHO - BRAZIL. Bomba tempatan mengesahkan angka kematian akibat empangan runtuh kelmarin meningkat kepada 34 orang.

Dalam kejadian Jumaat lalu itu, penyelamat menemui tujuh mayat beberapa jam selepas sebuah empangan yang tidak digunakan di lombong bijih besi berhampiran bandar Belo Horizonte, di negeri Minas Gerais runtuh pada kira-kira jam 1 petang (waktu tempatan).

Usaha mengesan 300 orang yang masih hilang kini sedang giat dijalankan.

Namun, peluang menemui mangsa hidup tipis ditambah keadaan lumpur dan arus deras menyukarkan operasi menyelamat.

Lombong berkenaan dimiliki Vale, sebuah gergasi perlombongan Brazil yang pernah terbabit dalam insiden lombong runtuh hingga meragut 19 nyawa pada 2015 dan dianggap sebagai bencana alam paling buruk di dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!