PSAP desak ambil tindakan pihak bersekongkol, peneroka haram

Haslihelmy DM (kiri) ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 60 peserta Bantahan Penerokaan Tanah Haram di Taman Kerang, Kuantan hari ini.
Haslihelmy DM (kiri) ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 60 peserta Bantahan Penerokaan Tanah Haram di Taman Kerang, Kuantan hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Persatuan Suara Anak Pahang (PSAP) mendesak kerajaan negeri Pahang untuk memastikan bukan sahaja peneroka tanah haram bahkan mereka yang bersekongkol juga dikenakan tindakan tegas.

Presidennya, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, PSAP juga mendesak agar siasatan menyeluruh terhadap orang dalam atau mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung berkaitan isu penerokaan.

"PSAP berpendapat adalah amat mustahil peneroka haram yang melibatkan puluhan ribu ekar di luar pengetahuan pihak berkenaan. Semestinya berlaku penyelewengan tanggungjawab di dalam kerajaan negeri Pahang itu sendiri.

"Bayangkan hasil hutan yang dirompak sebelum tanah yang diterokai itu dijadikan seperti kebun yang mempunyai hak milik. PSAP menekankan bahawa wajib semua masalah ini diselesaikan tanpa mengira faktor-faktor lain seperti kedudukan," katanya pada sidang akhbar Bantahan Penerokaan Tanah Haram di Taman Kerang, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Lapan NGO lapor polis bantah penerokaan tanah haram


Pekebun durian dapat perintah penggantungan sementara

Pahang lakukan pemutihan tanah haram seluruh negeri

Haslihelmy DM berkata, pihaknya tidak mahu kerajaan negeri Pahang dilihat gagal apabila ada dalam kalangan rakyat Malaysia secara sengaja melakukan pencerobohan tanah haram secara berleluasa.

Menurutnya, mereka bukanlah anak jati Raub sebaliknya pihak luar yang cuba mengaut keuntungan di negeri ini tetapi mengelak daripada membayar hasil kepada kerajaan

"PSAP mendesak mereka yang melakukan perkara terkutuk ini dikenakan hukuman setimpal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!