Bersatu letak calon muda di Dun Semenyih?

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran parti itu bakal menampilkan calon muda dalam PRK Dun Semenyih.

Katanya, beliau telah menerima kira-kira enam nama calon daripada bahagian dan telah diteliti pimpinan Bersatu negeri serta ia perlu dirujuk kepada pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Daripada lima nama ini kita akan pilih satu sahaja sebagai calon PRK. Kita masih ada masa lagi untuk buat penelitian dan bila sampai masa kita umumkan.

"Kita pilih calon paling layak, muda, berkelulusan tinggi dan diterima masyarakat setempat. Mungkin ini akan jadi calon paling layak dan sesuai," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku 9 Mei Catatan Dari Garis Depan, hari ini.

PRK Dun Semenyih diadakan susulan penyandangnya dari PH, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Bakhtiar menewaskan Datuk Johan Abdul Aziz dari BN dan dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim dari Pas dan S Arutchelvan mewakili PSM.

Pada 18 Januari lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Semenyih berlangsung pada 2 Mac depan.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, penamaan calon pula ditetapkan pada 16 Februari manakala tarikh mengundi awal pada 26 Februari.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, seramai 54,503 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!