Google papar doodle khas orang utan sempena merdeka
KUALA LUMPUR - Enjin carian Google meraikan Hari Kemerdekaan Ke-63 Malaysia dengan memaparkan lakaran doodle atau logo orang utan yang juga spesies berasal dari negara ini.
Mamalia ini boleh ditemui di sekitar hutan Borneo, terutamanya di Sabah dan Sarawak selain di Sumatera.
Google telah menampilkan lakaran doodle khas bagi meraikan acara bersejarah atau detik bermakna di serata dunia sejak 20 tahun lepas.
Bagi Malaysia, Orang Utan adalah haiwan kedua sempena Hari Kebangsaan selain harimau Malaya serta elemen lain seperti teh tarik dan wau bulan.
Namun, bunga raya menjadi doodle yang paling banyak dipaparkan.
Hari Kebangsaan diraikan setiap 31 Ogos yang menandakan negara bebas daripada penjajahan Britain dengan pengisytiharannya dibuat pada 31 Ogos,1957.
Ini disusuli dengan tarikh keramat 16 September 1963 yang menyaksikan pembentukan Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!