Dua beradik pakai gelang merah jambu ditahan

Kawasan PKPD meliputi Zon Kenanga, Mawar dan Melor di Ambangan Heights. Gambar kecil: ADZLI
Kawasan PKPD meliputi Zon Kenanga, Mawar dan Melor di Ambangan Heights. Gambar kecil: ADZLI
A
A
A

SUNGAI PETANI - Dua beradik yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Ambangan Heights ditahan kerana ingkar arahan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kedua-duanya berusia 17 dan 19 tahun itu yang memakai gelang merah jambu ditahan setelah dilihat berkeliaran dalam kawasan PKPD kira-kira jam 10.20 malam tadi.

Menurutnya, dua beradik dari Zon Kenanga itu dilihat berada berhampiran kawasan Sekolah Kebangsaan Ambangan Heights dengan menunggang dan membonceng motosikal yang sepatutnya pada ketika itu diperintahkan untuk berada di rumah.

"Semasa pemeriksaan dijalankan mendapati kedua-duanya memakai gelang berwarna merah jambu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Hasil siasatan awal, mereka gagal memberikan alasan munasabah berada di luar rumah tanpa tujuan dan membahayakan orang lain ekoran wabak koronavirus (Covid-19)," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati, mereka memberikan alasan berada di luar rumah untuk ke rumah datuk.

Menurut Adzli, kedua-dua remaja terbabit telah diberikan jaminan polis setelah keterangan diambil.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan/Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!