Lewandowski dalam kelas tersendiri

Lewandowski melabuh tirai musim ini dengan menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich Ogos lalu.
Lewandowski melabuh tirai musim ini dengan menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich Ogos lalu.
A
A
A

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski membuktikan kerja keras adalah disiplin terbaik apabila pemain berusia 32 tahun itu dinobatkan Pemain Tahunan Bolasepak Jerman tahun ini.“Saya bekerja keras setiap masa untuk meningkatkan lagi prestasi dan kualiti permainan semasa beraksi di padang.

“Saya meletakkan keutamaan utama dengan memberi aksi terbaik kepada kelab dan negara dalam persembahan,” kata Lewandowski yang menjaringkan 55 gol dalam 47 pertandingan kompetitif musim sebelumnya.

Pemain dari Poland itu mengalahkan dua rakan sepasukan iaitu Thomas Mueller dan Joshua Kimmich yang turut menyinar pada saingan domestik dan Eropah tahun ini.

Lewandowski penjaring gol terbanyak dalam semua pertandingan ketika Bayern Munich menjulang kejuaraan Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara mendapat 276 undi manakala Mueller dan Kimmich masing-masing menerima 54 serta 49 undi.Lewandowski menamatkan saingan musim ini dengan status penjaring terbanyak di Bundesliga dengan 34 gol, Piala Jerman (enam) dan Liga Juara-Juara (15).

Sementara itu, pengendali Bayern Munich, Hansi Flick dipilih sebagai Pengurus Tahunan selepas membantu gergasi Jerman itu melabuh tirai musim ini dengan kejuaraan treble.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!