Lelaki parah ditetak

Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.
A
A
A

MACHANG - Seorang lelaki cedera parah selepas ditetak dalam satu kes pergaduhan di Kampung Felcra Berangan Mek Nab di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher, bahu serta lengan kiri didakwa ditetak oleh suspek menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal pihaknya mendapati punca kejadian adalah berkaitan dengan pergaduhan antara kedua-dua pihak sebelum ini.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa datang ke rumah suspek dan berlaku pergaduhan mulut antara mangsa dengan ibu suspek.

"Suspek yang tiba-tiba datang dari arah belakang rumah terus menerkam mangsa dan berlaku pergaduhan di luar pagar hadapan rumah berkenaan.

"Mangsa dan suspek dikatakan bekerja kampung dan masing-masing bersenjatakan pisau dan kayu. Disebabkan pergaduhan itu mangsa mengalami cedera parah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mangsa yang berusia 34 tahun itu dibawa ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Ganti berkata, suspek yang berusia 35 tahun juga sudah ditahan semalam dan permohonan reman akan dibuat hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!