Lebih 100 pemimpin pembangkang Venezuela diampun

Nicolas Maduro - Foto sumber internet
Nicolas Maduro - Foto sumber internet
A
A
A

CARACAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pada Isnin mengampunkan lebih 100 pemimpin pembangkang yang sedang menjalani hukuman atau menghadapi tuduhan jenayah, menjelang pilihan raya parlimen pada 6 Disember, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Komunikasi dan Penerangan Jorge Rodriguez berkata, langkah itu bertujuan untuk 'menggalakkan keamanan dan penyelesaian kontroversi melalui saluran perlembagaan dan pilihan raya'.

Antara mereka yang diberikan keampunan itu ialah 27 timbalan menteri daripada pelbagai parti politik.

Pengampunan itu sebagai jaminan semua pihak boleh menyertai pilihan raya, kata Rodriguez. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!