Sentralisasi TVET melalui penstrukturan semula tadbir urus

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Gerak Minda Malaysia (Agra) mencadangkan supaya sentralisasi program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui penstrukturan semula tadbir urus, badan penyelia dan penyatuan sumber perlu dilakukan bagi memperkasakan lagi bidang kemahiran di negara ini.

Ketua Kluster TVET Agra, Muhammad Shahmi Shamsuddin berkata, sistem sedia yang berpecah merupakan antara kekangan besar yang dihadapi dalam usaha usaha untuk memperkukuhkan lagi bidang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Atasi kepincangan Kolej Vokasional

"Dalam menangani isu memperkasakan TVET termasuk untuk menjadikan Kolej Vokasional (KV) sebagai pemangkin bagi melahirkan tenaga kerja mahir khusus untuk menghadapi ERA IR4.0 dan negara maju berasaskan bidang ekonomi berdaya saing serta tenaga mahir yang kreatif dan inovatif.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu segera menambahbaik dan menjadi juara tunggal. Ini memerlukan perubahan yang drastik.

"Kami juga menyarankan agar institusi atau agensi yang tidak berkaitan Pendidikan, menyerahkan kawal selia dan tadbir urus mereka kepada KPM sahaja," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya lagi, jika dilihat negara maju seperti Finland, German, Australia, Singapura, Jepun dan Korea Selatan program TVET di negara berkenaan hanya di kawal selia satu atau dua kementerian sahaja.

"Di Malaysia, setidaknya tujuh kementerian mempunyai atau mengawal selia program TVET ini.

Artikel Berkaitan:

"Jika pemerintahan sebelum ini gagal, ini peluang terbaik Kerajaan Pakatan Harapan di bawah Malaysia Baru untuk menjayakannya.

"Kuasa politik dan harapan besar rakyat perlu diperjuangkan. Permasalahan yang telah digariskan ini hanya dapat diatasi dengan kerja keras semua pihak baik dari pihak kerajaan (pelbagai agensi), pihak swasta, rakan-rakan NGO dan rakyat Malaysia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!