PRN Sabah: Jumlah kerusi ditandingi Bersatu diketahui minggu ini

Bersatu Sabah akan memutuskan jumlah sebenar kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum akhir minggu ini.
Bersatu Sabah akan memutuskan jumlah sebenar kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum akhir minggu ini.
A
A
A

TAWAU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan memutuskan jumlah sebenar kerusi yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September sebelum akhir minggu ini, kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

"Kita masih ada masa lagi, tarikh 12 September (penamaan calon) lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pemimpin dan jentera Bersatu Kalabakan di sini.

Pada 1 Ogos, Hajiji dilaporkan berkata, Bersatu Sabah mahu bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Pada sidang akhbar itu, Hajiji berkata, Bersatu berhasrat meletakkan calon di dua kerusi DUN dalam Parlimen Kalabakan.

Beliau berharap tidak berlaku pertembungan kerusi antara rakan sekutu bagi mewujudkan peluang lebih baik bagi gabungan Perikatan Nasional memenangi PRN Sabah.

“Saranan saya, kita perlu sokong antara satu sama lain, Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan rakan sekutu kita mesti bersatu hati," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!