Annuar berlapang dada dicerca kononnya pro Bersatu

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerima dengan hati terbuka sebarang cercaan mengaitkan pendirian beliau kononnya menyebelahi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau akur dengan sebarang kritikan dan cercaan diterima kerana menjadi tugas beliau untuk melaksanakan keputusan parti dan mengeluarkan kenyataan media mengenainya.

"Saya diberitahu, ada yang mencerca saya bersabit pendirian kononnya pro Bersatu. Saya terima dengan berlapang dada.

"Menjadi tugas saya melaksana keputusan parti. Mesyuarat biro politik minggu lepas telah menetapkan pendirian UMNO dan saya diarah mengeluarkan kenyataan media mengenainya... dan saya akur," katanya melalui ciapan dalam akaun Twitter peribadinya hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, dalam mana-mana permuafakatan dan pertalian persahabatan baharu, perkara paling sukar adalah menghapuskan prejudis dan syak wasangka.

"Sedangkan suami isteri sukar atasi masalah ini (prejudis dan syak wasangka), apa lagi antara dua parti politik (UMNO dan Bersatu)," katanya.

Menurutnya lagi, usaha juga perlu diteruskan parti untuk mengurangkan jurang informasi di antara pucuk pimpinan dengan ahli di peringkat akar umbi agar sebarang keputusan dibuat parti diterima semua pihak dengan sebulat suara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!