Ketepi perbalahan demi kemenangan BN di PRN Sabah

Bung Moktar (tiga dari kiri) dan Abdul Rahman (dua dari kanan) membuat tanda berdamai sambil disaksikan Ahmad Zahid (tengah), Asyraf Wajdi (dua dari kiri) dalam satu program parti di Sepanggar pagi tadi.c
Bung Moktar (tiga dari kiri) dan Abdul Rahman (dua dari kanan) membuat tanda berdamai sambil disaksikan Ahmad Zahid (tengah), Asyraf Wajdi (dua dari kiri) dalam satu program parti di Sepanggar pagi tadi.c
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbalahan dalam politik perlu diketepikan sementara, sebaliknya perkara paling penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tempoh menghadapi pilihan raya tersebut perlu diberi keutamaan.

"Perbezaan pendapat adalah lumrah politik. Namun, kita perlu membahagikan isu. Ya, ada masa untuk berbalah. Tetapi sekarang adalah masa untuk memenangkan BN dan rakan-rakannya dalam pilihan raya negeri. Ketika ini, itu lebih mustahak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahman Dahalan, Bung Moktar berdamai demi PRN Sabah

"Perbezaan pendapat masih boleh dan perlu diurus dan dibincangkan pada masa akan datang kerana proses itu tidak terkekang oleh had masa.

"Pilihan raya pula ada had masa dan perlu diberi keutamaan. 26 September 2020 adalah tarikh pilihan raya dan tidak boleh ditangguh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahman sehubungan itu berkata, menjadi tanggungjawab beliau selaku Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran untuk melihat kejayaan BN nanti.

"Saya mempunyai tanggungjawab yang berat kepada parti dan ahli-ahli parti untuk memastikan BN dan rakan-rakan menang dalam pilihan raya,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bahawa perselisihan pendapat antara Abdul Rahman dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dapat diselesaikan hari ini.

Pertemuan Abdul Rahman dan Bung Moktar itu dirakamkan dalam sebuah program parti di Sepanggar, Sabah apabila kedua-dua pemimpin Sabah itu bersalaman sambil disaksikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus menunjukkan pemimpin BN Sabah termasuk Abdul Rahman bersedia mengiktiraf Bung Moktar sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bermula 20 September ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!