Tingkat kemahiran digital ahli koperasi

Wan Junaidi menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta 'Jana Pendapatan dengan aplikasi Smartphone' di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Wan Junaidi menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta 'Jana Pendapatan dengan aplikasi Smartphone' di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
A
A
A

INSTITUT Koperasi Malaysia (IKM) komited membantu usahawan dah ahli koperasi menjana pendapatan melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

Komitmen tersebut ditunjukkan menerusi penganjuran program bicara ilmu ‘Jana Pendapatan dengan aplikasi Smartphone’ yang berlangsung di Kuching Sarawak pada Sabtu lalu.

Hadir menyaksikan program, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

IKM dalam satu kenyataan berkata, program itu bertujuan membantu ahli koperasi di Sarawak meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pemasaran dalam talian dan penggunaan aplikasi telefon pintar.

Di samping itu dapat melahirkan lebih ramai usahawan kedai maya dalam koperasi dan membantu meningkatkan sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sektor koperasi dengan menggunakan sepenuhnya teknologi internet benda (IOT) dalam perniagaan.

“Program yang menyasarkan 150 orang ahli koperasi ini membantu dalam sesi praktikal pengendalian kamera telefon bagi menghasilkan gambar yang menarik dan teknik suntingan menggunakan aplikasi suntingan dan pengiklanan melalui media sosial yang diketengahkan di dalam program ini,” kata kenyataan lagi.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, MEDAC komited memperkasakan gerakan koperasi selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) yang menyasarkan sumbangan perolehan koperasi sebanyak RM100 bilion menjelang tahun 2030.

“Hasil usaha ini akan dapat dicapai apabila Kementerian bersama agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan koperasi berusaha mengukuhkan prestasi dan produktiviti pelbagai sektor koperasi sebagai salah satu penyumbang utama dalam usaha meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!