Koperasi sekolah sedia perkhidmatan bas
Pengerusi Koperasi Sekolah, Rusli Long berkata, idea berkenaan sudah lama memandangkan sekolah berkenaan memiliki pelajar yang tinggal di asrama.
Menurut Rusli, pihaknya berpendapat bahawa pelajar berkenaan memerlukan kemudahan pengangkutan yang sesuai untuk kegunaan mereka.
“Jadi, pihak koperasi menyalurkan dana bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk memiliki kemudahan pengangkutan dengan bekerjasama dengan pemilik bas untuk pengoperasian secara tetap di sekolah.
“Kita hanya mengenakan caj sewaan bagi semua trip perjalanan bas mengikut kadar yang minimum untuk perkhidmatan bas tersebut,” katanya.
Katanya, caj berkenaan adalah demi menampung kos operasi bas dan bagi perolehan koperasi sekolah berkenaan.
“Selain itu, mana-mana sekolah dan agensi yang berminat juga boleh menyewa untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan ditawarkan itu,” katanya.
Katanya, koperasi sekolah memiliki perancangan keusahawanan dalam pelbagai bidang, yang mana kini melebarkan diri dalam perkhidmatan bas sekolah sendiri.
Menurutnya, koperasi sekolah berkenaan turut mengusahakan bidang perkhidmatan lain seperti dobi sekolah, parkir kereta, penulisan kaligrafi khat, pakej pelancongan keluar negara dan pusat akses internet Al Fateh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!