Wanita cari ibu kandung anak angkat

Ainul Hafizah berharap ibu kandung Abdul Hakim dapat ditemui supaya urusan mendapatkan hak penjagaan anak angkat yang sah dapat diselesaikan segera.
Ainul Hafizah berharap ibu kandung Abdul Hakim dapat ditemui supaya urusan mendapatkan hak penjagaan anak angkat yang sah dapat diselesaikan segera.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita dari Rhu Renggeh, Marang berharap ibu kandung anak angkatnya yang berusia tiga tahun tampil bagi menyelesaikan urusan dokumentasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ainul Hafizah Hussin, 34, berkata, Abdul Hakim Abdul Rahman diserahkan kepada keluarganya oleh Ustaz Ramzi yang merupakan kenalan ibu kandungnya di Tanah Merah Kelantan, sebulan selepas kanak-kanak itu dilahirkan.

Menurutnya, dia dan keluarga sudah berusaha mencari wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Noor Juliana Zakaria, 23, sejak dua tahun lalu namun tidak membuahkan hasil.

"Kami sudah berusaha mencari Siti Noor Juliana termasuk di alamat terakhir iaitu Kampung Bukit Batu Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, tetapi gagal menemuinya kerana difahamkan dia tidak lagi tinggal di sana," katanya hari ini.

Ainul Hafizah berkata, kehadiran Siti Noor Juliana penting bagi menyelesaikan urusan penyerahan anak angkat secara sah melalui JKM dan ia perlu dilakukan secepat mungkin demi masa depan Abdul Hakim.

Sehubungan itu, dia berharap ibu kandung Abdul Hakim dapat ditemui supaya urusan mendapatkan hak penjagaan anak angkat yang sah dapat diselesaikan segera.

Keluarga kandung Abdul Hakim atau sesiapa yang mengetahui di mana Siti Noor Juliana berada boleh menghubungi Ainul Hafizah di talian 0196319290 bagi membantu urusan dokumentasi dengan JKM.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!