Penularan Covid-19 dorong rakyat amal gaya hidup sihat

Orang ramai mula mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat selepas penularan Covid-19.
Orang ramai mula mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat selepas penularan Covid-19.
A
A
A

KEBIMBANGAN terhadap kesan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan pemegang polisi insurans hayat di Malaysia mendorong mereka untuk mengamalkan gaya hidup baharu.

Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Manulife melibatkan 300 pelanggan insurans hayat di Malaysia mendapati, gaya hidup baharu itu cenderung ke arah hidup sihat dan penggunaan teknologi digital seperti e-dagang dan sebagainya.

Menurutnya, 49 peratus responden mencari cara bagaimana untuk menjadi lebih sihat sebelum Covid-19 manakala 32 peratus pula memeriksa status kesihatan mental mereka.

Katanya, dalam tempoh 18 bulan akan datang, 37 peratus responden dijangka terus mencari cara bagaimana untuk menjaga kesihatan fizikal mereka manakala 21 peratus pula terus memeriksa status kesihatan mereka,” katanya.

“Dapatan tersebut jelas menunjukkan kesedaran terhadap kesihatan meningkat dan orang ramai mula mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat sama ada mental atau fizikal,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Insurance Bhd, Lee Sang Hui berkata, tinjauan dilakukan membantu pihaknya memahami serta mengenal pasti trend lebih luas, sekali gus membantu mereka mengembangkan produk mengikut keperluan pelanggan.

“Tahap minat terhadap kesihatan dan mental peribadi orang ramai ini merupakan berita gembira buat perniagaan insurans hayat seperti kami.

“Ketika krisis seperti Covid-19 ini, kepentingan untuk melindungi diri dengan kewangan yang cukup adalah tinggi dan produk kewangan terbaik dimiliki ketika ini adalah insurans hayat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!