UMNO Shah Alam lapor polis isu fitnah Noh Omar

Pimpinan Umno Shah Alam bersama NGO Pertubuhan Kami Prihatin Selangor (Prihatin) membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan di Facebook kepada Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar di Balai Polis Seksyen 6 hari ini.
Pimpinan Umno Shah Alam bersama NGO Pertubuhan Kami Prihatin Selangor (Prihatin) membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan di Facebook kepada Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar di Balai Polis Seksyen 6 hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pimpinan UMNO Bahagian Shah Alam membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 hari ini berhubung fitnah terhadap Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar yang dimuat naik laman sosial Facebook.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Timbalan Ketua UMNO Shah Alam, Pemuda UMNO Shah Alam, Wanita UMNO Shah Alam serta Pertubuhan Kami Prihatin Selangor (Prihatin).

Timbalan Ketua UMNO Shah Alam Azman Mat Isa berkata, laporan dibuat berikutan isu yang berlaku pada 30 Ogos lalu di mana beberapa pemilik akaun Facebook dikesan memuat naik hantaran bersama gambar Ahli Parlimen Tanjong Karang itu yang sedang memberikan wang kepada orang ramai.

"Hantaran itu mengatakan Tan Sri Noh kononnya mengedarkan wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dan mendakwa kemenangan Barisan Nasional dalam PRK itu disebabkan rasuah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 hari ini.

Menurutnya, gambar yang dimuat naik itu adalah gambar lama pada 2 Februari 2018 iaitu ketika Noh menghadiri satu majlis bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa di Tanjung Karang.

"Tan Sri Noh dipercayai memberikan bantuan persekolahan bernilai RM100 kepada setiap keluarga pelajar yang dihadiri lebih 1,300 ibu bapa dan ketika itu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Tindakan beberapa pemilik akaun Facebook yang memuat naik gambar ini tidak bertanggungjawab dan telah melakukan satu fitnah serta berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti, integriti dan imej Tan Sri Noh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya meminta pihak polis menyiasat dan mendakwa pemilik akaun Facebook berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!