Lelaki ditangkap ceraikan isteri talak tiga

Mendera isteri dan menceraikannya dengan talak tiga merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang di India yang boleh menyebabkan si suami ditangkap dan dihukum penjara. - Foto AFP
Mendera isteri dan menceraikannya dengan talak tiga merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang di India yang boleh menyebabkan si suami ditangkap dan dihukum penjara. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Mendera isteri dan menceraikannya dengan talak tiga merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang di India yang boleh menyebabkan si suami ditangkap dan dihukum penjara.

Menurut portal berita Outlookindia.com pada 27 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun ditangkap kerana dituduh mendera dan menceraikan isterinya dengan talak tiga, kata polis.

Lelaki yang ditangkap itu tinggal di Samrubaugh di bandar Bhiwandi di daerah Thane.

Polis dikatakan bertindak menangkap si suami berdasarkan aduan yang dibuat oleh si isterinya yang berumur 21 tahun.

Si isteri itu juga mengadu bahawa saudara perempuan kandung suaminya turut melakukan penderaan ke atas dirinya.

Aduan itu dibuat di balai polis Shanti Nagar.

Polis menyatakan bahawa lelaki itu menceraikan isterinya dengan talak tiga pada 24 Julai lalu.

Si suami yang menceraikan isteri dengan talak tiga adalah menyalahi Akta Wanita Muslim (Perlindungan Hak-Hak Perkahwinan) 2019 yang diluluskan pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Akta itu mendapat kelulusan daripada dewan rendah dan dewan tinggi Parlimen selepas diperdebatkan oleh wakil-wakil rakyat.

Hukuman maksimum tiga tahun penjara akan dikenakan ke atas suami yang beragama Islam jika mereka didapati bersalah menceraikan isteri dengan talak tiga berdasarkan kepada akta tersebut.

Akta itu dikatakan dikuatkuasakan di negara itu sebagai usaha untuk memperkasakan golongan wanita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!