Kenapa mahu tuduh kita pula rasis?, tanya Najib

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan pelik dan hairan dengan sikap calon DAP yang membuat tuduhan bahawa BN bermain isu agama dan bangsa untuk menang pada PRK Cameron Highlands.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Pekan itu lagi, tuduhan yang dilemparkan itu sebenarnya dilakukan sendiri oleh calon PH.

“Bukan kita yang kata Melayu, Cina dan India tidak akan mengundi Orang Asli ataupun membeli kuih dari mereka. Itu calon DAP sendiri.

“Bukan kita yang ugut Tok Batin Orang Asli akan dibuang jika mereka tak sokong PH. Itu rakan calon DAP dari PKR.

“Bukan kita juga yang menuduh Orang Asli bukan warganegara penuh Malaysia. Itu boss besar calon DAP sendiri. Kenapa mahu tuduh kita pula?,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:BN menang, Ramli cipta sejarah Orang Asli jadi MP

Menerusi hantaran sama, Najib secara berseloroh merakamkan penghargaan kepada seorang wanita dipanggil ‘mak cik’ yang tular selepas dia meminta surat peguam daripada calon Dap M. Manogaran ketika berkempen pada PRK Cameron Highlands.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek 'sekolahkan' calon DAP PRK Cameron Highlands

Artikel Berkaitan:

“Di sini, saya juga ingin mengucap terima kasih kepada Mak Cik yang minta surat janji lawyer dari calon DAP.

“Mak Cik telah menyedari ramai rakyat bahawa janji-janji dan air liur PH langsung tak boleh dipakai. TQ Mak Cik!,” katanya.

Tambahnya lagi, PH seharusnya menghentikan segala tohmahan tidak betul kepada pembangkang terutamanya BN kerana rakyat sudah tahu membezakan siapa yang ikhlas dan seering menipu untuk merebut kuasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!