FBI siasat lelaki guna beg jet di lapangan terbang

Gambar fail menunjukkan seorang juruterbang Perancis, Franky Zapata terbang dengan menggunakan sebuah papan terbang di Kejohanan Perlumbaan Udara Dunia Red Bull di Cannes. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang juruterbang Perancis, Franky Zapata terbang dengan menggunakan sebuah papan terbang di Kejohanan Perlumbaan Udara Dunia Red Bull di Cannes. - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam melancarkan satu siasatan berhubung dakwaan beberapa juruterbang mengenai laporan bahawa terdapat seorang individu mengggunakan satu beg jet dan terbang di sebuah lapangan terbang Los Angeles pada minggu lalu.

"FBI sedar mengenai laporan yang dibuat oleh beberapa juruterbang pada Ahad lalu dan kini berusaha untuk menentukan apakah yang terjadi (pada hari tersebut)," kata jurucakap lapangan terbang tersebut, Laura Eimiller menerusi satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya dua kru pesawat komersial yang mendekati lapangan terbang itu melaporkan seorang individu menggunakan beg jet sedang terbang di laluan untuk ketibaan kapal terbang.

"Menara (kawalan) American 1997, kami baru melepasi seorang lelaki yang memakai beg jet," kata seorang juruterbang American Airlines semasa dia mendekati Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles menerusi transmisi radio yang kemudian disiarkan oleh sebuah rangkaian televisyen.

Juruterbang itu berkata, individu yang memakai beg jet itu dikesan berada 275 meter jauhnya di kiri pesawat tersebut dan terbang pada ketinggian 915 meter.

Seorang lagi juruterbang daripada syarikat penerbangan komersial lain didengar berkata: "Kami baru sahaja melihat seorang lelaki yang memakai beg jet melepasi kami."

"Hanya di LA," kata seorang pengawal kawalan udara.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!