redONE tawar 63 telefon pintar percuma
REDONE Network Sdn Bhd (redONE) menawarkan sebanyak 63 buah telefon pintar Nokia C2 menerusi peraduan Free Nokia for Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63.
Pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) terbesar di Malaysia itu menjelaskan, peraduan yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 16 September itu sejajar dengan tema Hari Kemerdekaan ke-63 iaitu Malaysia Prihatin.
“Peraduan Free Nokia for Merdeka ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 12 tahun ke atas yang mana peserta mesti membuat hantaran di akaun Facebook atau Instagram mereka dengan tetapan awam.
“Peserta dikehendaki menyiarkan foto atau video yang merakam Momen Prihatin mereka yang mengandungi elemen kebaikan cinta dan perhatian.
Penyertaan dengan engagement tertinggi dari segi tanda suka, komen dan kongsi akan dipilih sebagai pemenang, dan mereka akan dihubungi oleh wakil redONE.
Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, peraduan itu dianjurkan atas inisiatif redONE sempena Hari Kemerdekaan sekali gus meraikannya bersama rakyat Malaysia di samping mempromosikan kebaikan.
“Dalam persekitaran yang mencabar sekarang, perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan mewujudkan masyarakat yang lebih baik untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Maklumat lanjut berhubung peraduan Free Nokia for Merdeka boleh diakses menerusi redONE.com.my/promotion/63freephones.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!