Menteri Luar Slovakia kecam tuduhan racun Navalny

Ivan Korcok
Ivan Korcok
A
A
A

MOSCOW - Menteri Luar Slovakia, Ivan Korcok mengecam tuduhan meracuni tokoh pembangkang Rusia, Alexei Navalny dengan Novichok, kumpulan agen saraf, lapor agensi berita Sputnik.

Pada Rabu, kerajaan Jerman berkata, makmal tentera menafikan bukti yang mengatakan pengkritik kerajaan Rusia berusia 44 tahun itu diracuni dengan agen saraf.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, tiada kesan toksik ditemui dalam sampel Navalny semasa rawatannya di Rusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia terpalit dengan isu racun Navalny

Alexei Navalny sah diracun

“Saya sangat mengutuk penggunaan Novichok ke atas Alexei Navalny. Penyiasatan yang telus dan menyeluruh oleh pihak berkuasa Rusia sangat diperlukan,” Korcok menulis dalam ciapannya di laman Twitter pada Rabu.

Navalny sakit teruk ketika dalam penerbangan dari Siberia ke Moscow pada 20 Ogos. Beliau ditempatkan di sebuah hospital di bandar Omsk di Siberia, lokasi pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan. Dua hari kemudian, Navalny dibawa ke klinik Charite yang berpusat di Berlin untuk rawatan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!